Skip to content

Seksyen 16

of Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

ActIn forceProvision 18 of 31

Seksyen 16

(1)

Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam

Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

22

Undang-Undang Malaysia

(2)

Dalam seksyen ini, seseorang dikatakan mempunyai hubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a)

ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;

(b)

seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;

(c)

guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta;

(d)

mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

(e)

jurulatih; dan

(f)

pekhidmat awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan kanak-kanak itu.