Skip to content

Seksyen 28

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan

of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995

ActIn forceProvision 28 of 34
Seksyen 28
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 33(2)(c), (d) dan (e), Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, melantik sekian bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkannya wajar dan perlu dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai, bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Perbadanan tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan

Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.