Skip to content

Seksyen 12

of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995

ActIn forceProvision 12 of 34

Seksyen 12

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menyelaraskan, mengawasi dan menilai pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi selaras dengan matlamat Majlis;

(b)

untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(c)

untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi Kerajaan dalam pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(d)

untuk menjadi pusat pengumpulan, rujukan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(e)

untuk memberikan laporan tahunan mengenai perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi kepada Majlis;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 539

(f)

untuk bertindak sebagai Urus Setia kepada Majlis; dan

(g)

dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan—

(i)

untuk menjalankan aktiviti promosi bagi menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana;

(ii)

untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana;

(iii)

untuk menggalakkan perhubungan industri dengan industri besar; dan

(iv)

untuk membangunkan sumber manusia dalam perusahaan kecil dan sederhana.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “perkhidmatan” ertinya semua perkhidmatan kecuali perbankan, insurans, hartanah dan urusan berniaga dalam sekuriti.