Skip to content

Seksyen 33

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995

ActIn forceProvision 33 of 34
Seksyen 33
(1)

Perbadanan hendaklah memberi Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti

Perbadanan sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar

Perbadanan sebagaimana yang boleh dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.