Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VI · Jawatankuasa Pertikaian Sukan
27. Penubuhan Jawatankuasa Pertikaian Sukan
Feedback & support(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Pertikaian Sukan” yang hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri di bawah seksyen 24.
(2)
Jawatankuasa Pertikaian Sukan hendaklah memastikan bahawa badan sukan dan pihak-pihak lain kepada pertikaian sukan termasuklah atlet diberikan cara yang berpatutan, adil dan pantas untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian sukan.
Pembangunan Sukan 23