Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VI · Kewangan dan Lapuran
Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VI · Kewangan dan Lapuran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis hendaklah menyenggara akaun-akaun yang sepatutnya dan lain-lain rekod berkenaan dengan pengendaliannya, dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan tiap-tiap satu tahun kewangan.
Selepas berakhir tiap-tiap satu tahun kewangan, dan sebaik-baik sahaja akaun Majlis telah diodit, Majlis hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan satu salinan pandangan-pandangan yang dibuat oleh Juruodit Negara atau juruodit lain yang dilantik di bawah seksyen-kecil (2) mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun-akaun Majlis.
Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh mengarahkan supaya satu salinan bagi tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan tiap-tiap Majlis Parlimen.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX