Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VIII · Tambahan
Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VIII · Tambahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Hak mempunyai tiap-tiap proses, alat dan mesin yang didapati, dicipta atau diperbaiki oleh seorang pegawai atau pekerja Institiut semasa menjalankan kewajipan rasminya atau dalam tempoh pegawai atau pekerja itu bekerja atau dalam perkhidmatan Institiut hendaklah terletakhak pada Institiut, tetapi Majlis boleh dengan kelulusan Menteri membayar kepada pegawai atau pekerja itu suatu bonus bagi apa yang didapati, dicipta, atau diperbaiki itu.
Majlis boleh dengan kelulusan Menteri memberi apa yang didapati, dicipta atau diperbaiki dan yang terletakhak pada Institiut menurut kuasa seksyen-kecil (1) kepada seseorang tertakluk kepada pembayaran apa-apa bayaran atau royalti dan kepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.
Bahagian IX