Skip to content

Bahagian IX · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

46. Section 46

(1)

Pemansuhan di bawah seksyen 42 dan juga apa apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh tanggungan seseorang untuk dihukum atau didakwa kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta-akta yang dimansuhkan itu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini atau juga tidak boleh menyentuh apa-apa tindakan yang telah diambil sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini berkenaan dengan kesalahan-kesalahan itu.

(2)

Apa-apa pembicaraan, samada sivil atau jenayah, atau alasan tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini oleh atau terhadap badan yang dibubarkan atau seseorang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau di bawa oleh atau terhadap Majlis sebagaimana ia mungkin telah dibawa oleh atau terhadap badan yang dibubarkan atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan.

Report