Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian I · Bahagian I Permulaan
5. Section 5
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Institiut boleh membuat segala perkara sebagaimana yang menasabah perlu atau mustahak bagi menyempurnakan tugas-tugasnya atau yang bersampingan dengan atau yang berbangkit dari penyempurnaan tugas-tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa Institiut atau mana-mana kuasa lain yang diberi oleh Akta ini, Institiut boleh—
menyedia, merangka, mengubahsuai, atau meminda penentuan-penentuan dan mengumumkan penentuan-penentuan piawai;
, (ab), (ac), (aa) ddn (ae) ---
memajukan penyelidikan berkenaan dengan penentuan-penentuan dan mengadakan peruntukan bagi memeriksa/dan menguji barangan-barangan, proses-proses, dan amalan-amalan dan bagi maksud-maksud itu menubuhkan makmal-makmal dan lain-lain kemudahan sebagaimana yang difikirkannya patut;
membuat peruntukan bagi mendaftarkan tandatanda piawai dan mengawal penggunaannya;
mengumpul dan menyebar dengan apa-apa cara yang sesuai, termasuklah penerbitan lapuran-lapuran, risalah-risalah, buku-buku kecil, majallah dan lain-lain perkara, maklumat berkenaan dengan peniawaian dan perkara-perkara yang berkaitan;
menggalak dan menjalankan kerja pendidikan berkaitan dengan pemiawaian;
memaju dan menyenggara suatu kumpulan bahan bahan perpustakaan dan muzium yang berkenaan dengan pemiawaian dan perkara-perkara yang berkaitan;
membantu Kerajaan Persekutuan, Kerajaankerajaan Negeri, pihakberkuasa tempatan,dan-lain-lain-badan-awam. dalam menyediakan apa-apa penentuan yang dikehendaki oleh mereka;
bekerjasama dengan sektor perindustrian, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, pihakberkuasa tempatan, dan lain-lain badan atau pihakberkuasa awam dengan tujuan supaya dapat diterima dan dipakai piawaian-piawaian;
bekerjasama dengan mana-mana orang, persatuan, atau pertubuhan di luar Malaysia yang mempunyai tugas-tugas yang serupa dengan tugas-tugas
Institiut, dengan tujuan untuk mencapai/pelak sanaan-yang berkesan-akan-tugas-tugas-Institiut;
memujukrayu untuk mendapatkan dan menerima bagi maksud Institiut apa-apa wang, tanah, atau lain-lain harta daripada mana-mana kumpulan orang atau pertubuhan melalui pemberian, subsidi, derma, hadiah, yuran, atau selainnya, dan, jika ia menerima wang, tanah, atau lain-lain harta itu, memberi kepada kumpulan orang atau pertubuhan itu apa-apa konsesyen atau faedah sebagaimana yang difikirkannya patut;
menjadi ahli atau bergabung dengan mana-mana badan antarabangsa yang berkenaan dengan pemiawaian dan perkara-perkara yang berkaitan;
menerima dan memakai dengan atau tanpa ubah-suaian apa-apa penentuan antarabangsa atau penentuan asing sebagaimana yang sesuai untuk digunakan di Malaysia;
melantik ejen-ejen di Malaysia atau di luar Malaysia bagi apa-apa maksud sebagaimana yang ditentukan oleh Institiut;
menubuhkan pejabat-pejabat cawangan bagi Institut di Malaysia;
menjalankan ujian-ujian, penyiasatan dan penyelidikan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Institiut dengan tujuan untuk memperbaiki proses-proses dan cara-cara teknik yang digunakan dalam perindustrian dan untuk mendapatkan proses-proses dan cara-cara yang boleh memajukan pengluasan perindustrian-perindustrian yang sedia ada, perkembangan perindustrian-perindustrian yang baru, atau penggunaan yang lebih baik akan keluaran buangan;
menasihatkan tentang soal-soal dari jenis sains, teknoloji, atau tekno-ekonomi yang menyentuh penggunaan sumber alam dan perkembangan enterprais-enterprais pengeluaran dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan;
memajukan latihan bagi pekerja-pekerja penyelidikan dalam lapangan perindustrian;
menjalankan atau bekerja bersama-sama dalam menyedia, menerbit dan menyebarkan maklumat teknik yang berguna;
bekerjasama dengan Jabatan-jabatan Kerajaan, institusi-institusi penyelidikan, universiti-universiti, kolej-kolej teknik, pertubuhan-pertubuhan teknik atau sains, dan lain-lain badan untuk memajukan penyelidikan perindustrian dan latihan bagi penyiasat-penyiasat dalam sains tulin dan sains gunaan, pakar-pakar teknik, tukang-tukang tangan, dan artisan-artisan;
selainnya membantu dalam memajukan penye-lidikan perindustrian dan latihan teknik
, (v), (w) dan (x) ---
Bahagian III
Majlis
Bahagian IV
Pengawal, Pengarah dan Kakitangan Institiut
Bahagian V
Pentadbiran
Bahagian VI
Kewangan dan Lapuran
Bahagian VII
Piawaian
Bahagian VIII
Tambahan
Bahagian IX