Amendment Act · As enacted
Akta Standard Malaysia (Pindaan) 2012
Amends the Standards of Malaysia Act 1996Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Standard Malaysia
(Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan tajuk panjang
Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan “standard” perkataan “, akreditasi”;
undang-undang malaysia
akta STANDARD MALAYSIA (pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia
s 3Pindaan am
Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa kebangsaan—
dengan menggantikan perkataan “pemerakuan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“pensijilan”;
dengan menggantikan perkataan “penentuan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“standard”;
dengan menggantikan perkataan “penentuan standard”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Standard Malaysia”;
dengan menggantikan perkataan “penilaian ketepatan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“penilaian pematuhan”; dan
dengan menggantikan perkataan “tanda ketepatan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“tanda pematuhan”; dan
dalam teks bahasa Inggeris—
dengan menggantikan perkataan “specification”
dan “specifications” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “standard” dan “standards”, masing-masing; dan
dengan menggantikan perkataan “standard specification” dan “standard specifications”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Malaysian Standard” dan “Malaysian Standards”, masing-masing.
s 4Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan takrif “akreditasi” dengan takrif yang berikut:
‘ “akreditasi” ertinya suatu tatacara yang melaluinya
Jabatan memberikan pengakuan bahawa sesuatu badan penilaian pematuhan adalah berwibawa untuk menjalankan aktiviti penilaian pematuhan tertentu;’;
4
Standard Malaysia (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “akreditasi” takrif yang berikut:
‘ “badan yang diiktiraf”, berhubung dengan standard, ertinya suatu entiti undang-undang atau pentadbiran yang mempunyai tugas dan komposisi tertentu, dengan kuasa yang diakui bagi menerbitkan standard;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Institut” takrif yang berikut:
‘ “Jabatan” ertinya Jabatan Standard, Malaysia yang bertanggungjawab bagi penstandardan dan akreditasi kebangsaan;’;
dalam takrif “Menteri”, dengan memasukkan selepas perkataan “standard” perkataan “dan akreditasi”;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai
Jabatan atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 21a;’;
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif
“pemerakuan”;
dengan memotong takrif “pendaftaran”;
dengan memotong takrif “penentuan”;
dengan memotong takrif “penentuan standard”;
dengan menggantikan takrif “penilaian pematuhan” dengan takrif yang berikut:
‘ “penilaian pematuhan” ertinya suatu aktiviti pengujian, penentukuran, pemeriksaan, pensijilan atau apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah bagi maksud menunjukkan bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;’;
Undang-Undang Malaysia
dengan memasukkan selepas takrif “penilaian pematuhan”
takrif yang berikut:
‘ “pensijilan” ertinya suatu tatacara yang melaluinya pihak ketiga memberikan jaminan bertulis bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, badan, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;’;
dengan memasukkan selepas takrif “peraturan-peraturan”
takrif yang berikut:
‘ “peraturan teknikal” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan bagi kehendak teknikal, sama ada secara langsung atau dengan merujuk kepada atau menggabungkan kandungan sesuatu standard, penentuan teknikal atau kod amalan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “peraturan teknikal”
takrif yang berikut:
‘ “premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada tertutup atau dibina di atasnya;’;
dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:
‘ “simbol akreditasi” ertinya suatu simbol yang dilindungi yang digunakan atau dikeluarkan di bawah sistem akreditasi yang diwujudkan dan dikendalikan oleh Jabatan;’;
dengan menggantikan takrif “standard” dengan takrif yang berikut:
‘ “standard” ertinya suatu dokumen yang diwujudkan secara sepersetujuan dan diluluskan oleh suatu badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya ialah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan, yang pematuhannya tidak mandatori;’;
6
Standard Malaysia (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “standard” takrif yang berikut:
‘ “Standard Malaysia” ertinya sesuatu standard yang diisytiharkan di bawah seksyen 15;’;
dengan menggantikan takrif “Standard Malaysia sementara”
dengan takrif yang berikut:
‘ “Standard Malaysia sementara” ertinya sesuatu standard yang belum melalui tatacara formal pertimbangtelitian jawatankuasa teknikal dan komen awam dan—
yang pada pendapat Majlis diperlukan segera;
atau
yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa penggunaanya secara cubaan perlu sebelum ia boleh dimuktamadkan;’;
dalam takrif “tanda pematuhan”, dengan memasukkan selepas perkataan “proses,” perkataan “sistem, orang,”;
dan
dengan memotong takrif “tanda standard”.
s 5Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah adalah untuk membangunkan dan memajukan standard, dan untuk mengakreditasikan badan penilaian pematuhan sebagai cara untuk memajukan ekonomi negara, memanfaatkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam dan alam sekitar, membantu dan melindungi pengguna, memajukan kecekapan dan pembangunan industri, memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dan melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubung dengan penstandardan dan akreditasi.”; dan
Undang-Undang Malaysia
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) mewakili Malaysia dalam aktiviti p e n s t a n d a r d a n d a n a k r e d i t a s i antarabangsa;”;
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) melantik, mengikut kriteria yang diluluskan oleh Majlis, mana-mana organisasi di Malaysia untuk membangunkan standard dan untuk menyelaraskan perwakilan Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;”;
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dengan penstandardan di Malaysia, jabatan dan agensi Kerajaan bagi maksud mencapai keserasian dan penggunaan umum yang maksimum bagi standard;”;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) melaksanakan kriteria, sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, yang berhubungan dengan penyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard sebagai Standard
Malaysia;”;
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) mengesyorkan kepada Menteri standard yang dikemukakan oleh mana-mana organisasi yang dilantik di bawah perenggan (aa)
sebagai Standard Malaysia, jika sesuai, dan menyenggara indeks Standard
Malaysia;”;
8
Standard Malaysia (Pindaan)
dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:
“(f) menggalakkan penggunaan Standard
Malaysia;”;
dengan menggantikan perenggan (h) dengan perenggan yang berikut:
“(h) mengakreditasikan, mengikut kriteria sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, badan yang terlibat dalam penilaian pematuhan dan menyenggara suatu daftar badan terakredit dan tanda pematuhan mereka;”;
dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan
“dan pendaftaran”;
dengan memotong perenggan (j);
dengan memotong perenggan (k);
dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut:
“(l) menetapkan dan mendaftarkan di bawah
Akta Cap Dagangan 1976 simbol akreditasi Jabatan sendiri;”;
dalam perenggan (m), dengan menggantikan perkataan “tanda” dengan perkataan “simbol”;
dengan menggantikan perenggan (o) dengan perenggan yang berikut:
“(o) menggalakkan perkiraan kerjasama dengan organisasi yang terlibat dalam penstandardan dan akreditasi di negara lain bagi pertukaran maklumat;”;
dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan
“sukarela”;
Undang-Undang Malaysia
dengan menggantikan perenggan (q) dengan perenggan yang berikut:
“(q) menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negara yang terlibat dalam penstandardan, akreditasi dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam dan swasta, dan mengekalkan pendedahan kepada keperluan perindustrian dalam penstandardan dan akreditasi;”;
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (q); dan
dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut:
“(qa) dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, memudahkan pembangunan peraturan teknikal dan membangunkan dan memajukan prinsip dan tatacara bagi pelaksanaan peraturan teknikal dan penilaian pematuhan; dan”.
s 6Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan (1)(e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) tidak lebih daripada dua belas orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan penstandardan dan akreditasi.”;
dalam subseksyen (3)—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penstandardan” perkataan “dan akreditasi”;
10
Standard Malaysia (Pindaan)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) untuk menasihati Menteri berkenaan dengan program, skim, projek dan aktiviti untuk menggalakkan kecekapan dan pembangunan perindustrian, dan bagi pelindungan pengguna, melalui aktiviti penstandardan dan akreditasi;”;
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan
“penentuan”;
dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:
“(f) untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan penyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia;”;
dengan menggantikan perenggan (g) dengan perenggan yang berikut:
“(g) untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan akreditasi badan penilaian pematuhan;”;
dengan memotong perenggan (h); dan
dengan memotong perenggan (j);
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Menteri boleh melantik, atas penamaan seseorang anggota, tidak lebih daripada seorang untuk menjadi anggota silih ganti bagi anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai anggota
Majlis.”; dan
Undang-Undang Malaysia
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Dalam keadaan pembahagian undi yang sama banyak atas apa-apa perkara di hadapan Majlis,
Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.”.
s 7Pindaan tajuk Bahagian V
Tajuk Bahagian V Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “STANDARD” perkataan “DAN AKREDITASI”.
s 8Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Menteri boleh meluluskan dan mengisytiharkan mana-mana standard yang telah diterima pakai dengan atau tanpa ubah suaian sebagai suatu Standard Malaysia atau Standard Malaysia sementara bagi maksud Akta ini, dan boleh meminda, menyemak atau menarik balik mana-mana Standard Malaysia atau Standard Malaysia sementara.”;
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tiada standard boleh diisytiharkan sebagai
Standard Malaysia, dan tiada Standard Malaysia boleh dipinda, disemak atau ditarik balik, melainkan jika
Menteri berpuas hati bahawa orang yang mungkin terjejas oleh perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik itu telah mendapat peluang untuk menimbangkannya dan untuk memberikan ulasan mengenainya melalui suatu mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”;
12
Standard Malaysia (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik sesuatu Standard Malaysia hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau, jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.”; dan
dengan memotong subseksyen (5) dan (6).
s 9Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan pendaftaran”;
dengan memotong perkataan “atau pendaftaran”
di mana-mana jua terdapat dalam seksyen itu;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang yang ingin diakreditasikan sebagai suatu badan penilaian pematuhan boleh memohon kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika Ketua Pengarah, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), berpuas hati bahawa kriteria dan tatacara yang berhubungan dengan akreditasi telah dipenuhi, dia boleh memberikan suatu perakuan akreditasi kepada pemohon sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”;
Undang-Undang Malaysia
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Bagi maksud akreditasi di bawah seksyen ini, hendaklah kena dibayar kepada Ketua Pengarah oleh pemohon atau pemegang perakuan akreditasi itu, fi akreditasi yang ditetapkan dan apa-apa kos lain yang mungkin semunasabahnya dilakukan berkaitan dengan akreditasi.”;
dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:
“(6) Ketua Pengarah hendaklah menyimpan suatu daftar untuk merekodkan perincian tiap-tiap perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini dan daftar itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:
“(7) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini jika, pada pendapatnya, mana-mana terma dan syarat yang berhubung kait dengan perakuan akreditasi itu telah dimungkiri, tetapi pemegang perakuan akreditasi yang perakuan akreditasinya telah digantung atau dibatalkan boleh merayu kepada Majlis.”.
s 10Pindaan seksyen 17
Seksyen 17 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tiada kumpulan orang boleh, kecuali dengan persetujuan Menteri, menjalankan fungsi yang baginya ia dibentuk di bawah suatu nama yang mengandungi perkataan “Standard Malaysia” atau “Jabatan Standard,
Malaysia” atau apa-apa singkatan atau singkatan yang mengelirukan atau apa-apa yang menyerupainya.”;
dan 14
Standard Malaysia (Pindaan)
dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “ringgit” perkataan “atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”.
s 11Pindaan seksyen 18
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 18 dengan seksyen yang berikut:
“18. (1) Mana-mana orang yang—
membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, dengan merujuk kepada apa-apa penilaian pematuhan yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa seseorang yang tidak diakreditasikan di bawah
Akta ini dengan merujuk kepada aktiviti penilaian pematuhan itu diakreditasikan sedemikian;
membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa sesuatu penilaian pematuhan mematuhi kehendak akreditasi sedangkan ia tidak mematuhi sedemikian; atau
setelah diakreditasikan untuk menggunakan sesuatu simbol akreditasi, menggunakan perakuan akreditasi selepas penarikbalikannya, atau semasa penggantungannya, atau selainnya dengan melanggar terma-terma dan syarat-syarat perakuan akreditasi itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.
Undang-Undang Malaysia
s 12Seksyen baru 18a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Pemunyaan Standard Malaysia 18a. Kesemua Standard Malaysia adalah dipunyai oleh
Kerajaan Malaysia dan tiada bahagian Standard Malaysia boleh dihasilkan semula dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah.”.