Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

16. Peruntukan kecualian

(1)

Anggota Majlis yang telah dilantik atau dilantik semula sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang belum menamatkan tempoh jawatannya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini boleh terus memegang jawatan bagi baki tempoh jawatannya.

(2)

Apa-apa permohonan, kelulusan, perisytiharan, penggantungan atau pembatalan perakuan akreditasi, rayuan atau prosiding undang-undang yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

Report