Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Hakmilik Strata

17. Kesan pembukaan buku daftar strata

Feedback & support
(1)

Pada mengesahkan kenyataan dalam Borang 3 yang perlu terkandung dalam mana-mana buku daftar strata, Pendaftar hendaklah membuat dalam dokumen hakmilik daftar dan dokumen hakmilik keluaran bagi lot berkenaan suatu memorial yang memberi maksud bahawa buku telah dibuka, dan harta bersama adalah terletak hak kepada perbadanan pengurusan yang wujud menurut kuasa subseksyen (3), dan hendaklah mengembalikan dokumen hakmilik keluaran kepada perbadanan itu.

Hakmilik Strata 45

(2)

Tiada catatan selepas itu boleh dibuat atas mana-mana dokumen hakmilik kecuali yang menyentuh harta bersama.

(3)

Apabila buku daftar strata dibuka berkenaan dengan sesuatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi maka hendaklah, dengan berkuatkuasanya seksyen ini, wujudlah suatu perbadanan pengurusan yang terdiri daripada semua pemilik petak termasuklah dalam hal pembangunan berperingkat-peringkat, pemilik blok atau blok-blok sementara dan Pengarah hendaklah mengeluarkan satu perakuan yang memperakui penubuhan perbadanan pengurusan sebagai suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini pada hari buku daftar strata itu dibuka.

(4)

Perbadanan pengurusan yang diwujudkan menurut kuasa subseksyen (3) hendaklah dikenali dengan nama yang terdapat dalam buku daftar strata yang berhubungan dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi itu, dan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya.

(5)

Dalam hal jika suatu perakuan yang memperakui penubuhan perbadanan pengurusan tidak dikeluarkan semasa buku daftar strata dibuka, perbadanan pengurusan bolehlah memohon kepada Pengarah dalam Borang 9 untuk mendapatkan suatu perakuan yang memperakui bahawa perbadanan pengurusan telah diwujudkan.

Report

Bahagian IV

Blok Sementara: Pengeluaran

Schedules