Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

Bahagian II · Permohonan untuk Memecah Bahagi Bangunan atau Tanah

6. Bangunan atau tanah yang boleh dipecah bahagi kepada petak-petak

Feedback & support
(1)

Mana-mana bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah beri hakmilik yang dipegang sebagai satu lot di

Hakmilik Strata 21

bawah hakmilik tetap (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftaran atau

Pejabat Tanah) bolehlah dipecahbahagikan kepada petak-petak; dan mana-mana tanah atas lot yang sama bolehlah juga dipecahbahagikan kepada petak-petak yang setiap satunya dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau suatu petak aksesori.

(1A)

Mana-mana tanah beri hakmilik yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah)

bolehlah dipecahbahagikan kepada petak-petak tanah yang setiap satu dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau sebagai suatu petak aksesori.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah yang disiarkan dalam Warta, melarang pecah bahagian bangunan-bangunan atau tanah dari mana-mana kelas atau perihal sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah tersebut.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Hakmilik Strata

Bahagian IV

Blok Sementara: Pengeluaran

Schedules