Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023

Amends the Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Act 2006

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan

Air Negara (Pindaan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

s 2Pindaan seksyen 9

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 9(2)

dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “tiga”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AIR NEGARA (PINDAAN) 2023

Undang-Undang Malaysia

Akta A1699 4

s 3Pindaan seksyen 14

Subseksyen 14(3) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of” dengan perkataan “commits”.

s 4Pindaan seksyen 16

Subseksyen 16(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (d).

s 5Pindaan seksyen 17

Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau”

di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan perkataan “; atau”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d)  mana-mana pekerja Suruhanjaya.”.

s 6Seksyen baharu 19a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19

seksyen yang berikut:

“Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi

Suruhanjaya 19a.  (1)  Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya dan selepas itu mempamerkan atau menunjukkan lambang atau representasi itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan)

(2)

Lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3)

Mana-mana orang yang menggunakan suatu lambang atau representasi Suruhanjaya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Suruhanjaya, atau menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang menyerupai lambang atau representasi

Suruhanjaya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

s 7Pindaan seksyen 23

Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“, dengan kelulusan Menteri,”.

s 8Seksyen baharu 23a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23

seksyen yang berikut:

“Tatatertib 23a.  (1)  Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu.

(2)

Suruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.”.

s 9Pindaan seksyen 31

Seksyen 31 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “selepas berunding dengan

Menteri;”; dan

Undang-Undang Malaysia

Akta A1699 6

(b)

dengan menggantikan perkataan “setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa” dengan perkataan

“mengikut apa-apa cara yang dibenarkan”.

s 10Pindaan seksyen 34

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut:

s 34“Had untuk berkontrak

Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun—

(a)

yang tidak melebihi sepuluh juta ringgit;

(b)

yang melebihi sepuluh juta ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan

Menteri; atau

(c)

yang melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri

Kewangan.”.

s 11Pindaan seksyen 35

Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“dan kelulusan Menteri”.

s 12Pindaan seksyen 41

Subseksyen 41(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa

Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of”

dengan perkataan “commits”.