Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut:
Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun—
yang tidak melebihi sepuluh juta ringgit;
yang melebihi sepuluh juta ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan
Menteri; atau
yang melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan.”.