Seksyen 112
Mengingatkan semula
of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Seseorang saksi boleh semasa di bawah pemeriksaan mengingatkan semula dengan merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang mengenainya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya hingga difikirkan oleh Mahkamah bahawa mungkin transaksi itu masih jelas dalam ingatannya pada masa itu.
Keterangan Mahkamah Syariah 79
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(2)
Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.
(3)
Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran
Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:
Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.
(4)
Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis profesional.