Seksyen 96
Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya
of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 96 of 133
Seksyen 96
(1)
Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
(2)
Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.