Skip to content

Seksyen 17

Iqrar ditakrifkan

of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 17 of 133
Seksyen 17
(1)

Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

(2)

Sesuatu iqrar hendaklah dibuat—

(a)

di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b)

di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang

‘aqil, baligh dan ‘adil.

(3)

Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.