Skip to content

Seksyen 92

Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula

of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 92 of 133
Seksyen 92
(1)

Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian

Keterangan Mahkamah Syariah 69

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil mereka.

(2)

Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3)

Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, maka pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4)

Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika

Mahkamah membenarkan sedemikian, maka pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas selanjutnya dan pemeriksaan semula selanjutnya.