Skip to content

Seksyen 52

Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal

of Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997

ActIn forceProvision 52 of 58
Seksyen 52
(1)

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukan perbuatan itu, oleh sebab ketidaksempurnaan akalnya, tidak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan berlawanan dengan undang-undang.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan—

(a)

keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya; dan

(b)

keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuaian seorang yang lain, maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tidak sempurna akal.

28

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

(3)

Dalam seksyen ini, ―mabuk‖ hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.