Skip to content

Seksyen 53

Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan

of Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997

ActIn forceProvision 53 of 58
Seksyen 53
(1)

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

(2)

Kecualian di bawah subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.