Skip to content

Seksyen 132

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 132 of 231

Seksyen 132

(1)

Apabila mana-mana orang telah dihukum bagi sesuatu kesalahan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Mufti boleh pada bila-bila masa, tanpa syarat, atau dengan apa-apa syarat yang diterima oleh orang yang dihukum itu, menggantung atau meremitkan pelaksanaan keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman itu.

(2)

Apabila sesuatu permohonan dibuat kepada Yang di-Pertuan

Agong bagi penggantungan atau peremitan sesuatu hukuman, Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki Hakim yang membuat sabitan itu supaya menyatakan pendapatnya tentang sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak dan Hakim itu hendaklah menyatakan pendapatnya dengan sewajarnya.

(3)

Jika mana-mana syarat yang berdasarkannya sesuatu hukuman telah digantung atau diremitkan telah tidak, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, dipenuhi, Yang di-Pertuan

Agong boleh membatalkan penggantungan atau peremitan itu;

dan dengan itu orang yang bagi faedahnya hukuman itu telah digantung atau diremitkan boleh, jika dia telah dilepaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai polis atau Pegawai Penguat

Kuasa Agama tanpa waran dan ditahan oleh seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang belum habis itu.