Seksyen 218
Afidavit bersumpah
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat oleh
Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia telah dibuat dengan sumpah—
(a)
di Malaysia, di hadapan mana-mana Hakim, Kadi, atau
Pendaftar;
(b)
di Singapura atau Brunei Darussalam, di hadapan mana-mana Hakim atau Kadi;
Tatacara Jenayah Syariah 129
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(c)
di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai Islam yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak Kerajaan Malaysia.
(2)
Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim,
Kadi, Pendaftar, atau pegawai konsul yang dituliskan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit.