Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian II · Peruntukan Am Tentang Mahkamah Jenayah

7. Bidang kuasa jenayah Hakim

Feedback & support

Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk—

(a)

mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;

(b)

menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;

(c)

mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau yang mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;

(d)

menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan

(e)

melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang

Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Tatacara Jenayah Syariah 23

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian III

Peruntukan Am yang Lain

Bab I

Darihal Maklumat Kepada Hakim dan Pegawai Penguat Kuasa Agama

Bahagian IV

Maklumat Kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bahagian V

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

Darihal Penggantungan Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab

Darihal Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VI

Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules