Seksyen 23
Lembaga boleh menubuhkan perbadanan
of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan dan dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab atas penjagaan, pengelolaan dan pengurusan sesuatu projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya di bawah
Akta ini, dan perbadanan itu boleh berbuat demikian sama ada dengan sendiri atau dengan membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan untuk mendapat bahagian keuntungan, kerjasama, usaha sama atau selainnya.
(2)
Apa jua wang yang dikehendaki bagi menubuhkan perbadanan hendaklah diperoleh daripada wang yang ada disediakan untuk pelaburan di bawah perenggan 15(1)(a).
(3)
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan.
Lembaga boleh memperbadankan syarikat