Skip to content

Seksyen 19

of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973

ActIn forceProvision 26 of 34

Seksyen 19

(1)

Tertakluk pada kelulusan Menteri, Lembaga boleh melantik seorang Ketua Eksekutif dan seorang Timbalan Ketua Eksekutif atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Ketua Eksekutif atau jika seorang Ketua Eksekutif tidak dilantik, seorang pegawai Lembaga yang dinamakan oleh Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ke hari dan pengurusan hal ehwal Lembaga dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa yang diamanahkan atau diwakilkan oleh

Lembaga atau Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak

Lembaga.

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Lembaga dengan cekap.

(4)

Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, atau menerima apa-apa gaji dan elaun dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

32

Undang-Undang Malaysia