Skip to content

Seksyen 133

Mengambil sampel

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 133 of 161
Seksyen 133
(1)

Jika apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini terdapat dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalnya, hendaklah dikira sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.

(2)

Jika bungkusan atau bekas mengandungi barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang melanggar peruntukan

Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah pun disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan dalam setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.

(3)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan