Act of Parliament · Updated to 18 Mar 2022 · 27 parts
Akta Cap Dagangan 2019
Feedback & supportRegistering trademarks for goods and servicesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cap Dagangan 2019.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Cap Dagangan 1976
[Akta 175];
16
Undang-Undang Malaysia
“cap dagangan berdaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 16;
“cap kolektif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 72(1);
“cap perakuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 73(1);
“ciri distingtif” ertinya cap dagangan itu hendaklah boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan—
yang tuan punya cap dagangan itu wujud atau mungkin wujud hubungan dalam penjalanan perdagangan daripada barang-barang atau perkhidmatan; atau
dalam hal tiada hubungan itu wujud atau jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang didaftarkan, tertakluk pada syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftaran itu;
“Daftar” ertinya Daftar Cap Dagangan yang disimpan di bawah seksyen 14;
“Daftar Antarabangsa” ertinya pengumpulan rasmi data berkenaan dengan pendaftaran antarabangsa bagi cap dagangan yang disenggara oleh Biro Antarabangsa Organisasi Harta Intelek
Dunia;
“ditetapkan” ertinya, berhubung dengan prosiding di hadapan
Mahkamah atau prosiding permulaan baginya atau prosiding yang berkaitan dengannya, ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], dan dalam hal lain, ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Perlindungan
Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883 sebagaimana yang disemak dari semasa ke semasa;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;
“negara asing yang diisytiharkan” ertinya suatu negara yang
Cap Dagangan 17
diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 27(1);
“negara Konvensyen” ertinya suatu negara yang menjadi pihak kepada mana-mana triti berbilang pihak yang berhubungan dengan cap dagangan yang Malaysia juga pihak kepadanya;
“pemegang lesen” ertinya orang yang berhak untuk menjalankan haknya di bawah Bahagian X apabila diberi kuasa oleh tuan punya berdaftar cap dagangan;
“Pendaftar” ertinya orang yang dilantik sebagai seorang Pendaftar
Cap Dagangan di bawah subseksyen 10(1);
“pendaftaran antarabangsa” ertinya pendaftaran suatu cap dagangan dalam Daftar Antarabangsa;
“pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia”
ertinya suatu cap dagangan yang mendapat perlindungan hasil daripada pendaftaran antarabangsa bagi cap dagangan itu yang diperluas ke Malaysia;
“pengehadan” ertinya pengehadan hak ke atas penggunaan eksklusif suatu cap dagangan yang diberikan melalui pendaftaran cap dagangan itu termasuk pengehadan hak ke atas—
cara penggunaan;
penggunaan di dalam sesuatu kawasan wilayah di dalam Malaysia; atau
penggunaan berhubung dengan barang-barang yang akan dieksport ke suatu pasaran di luar Malaysia atau penggunaan berhubung dengan perkhidmatan yang akan disediakan di suatu tempat di luar Malaysia;
“Penolong Pendaftar” dan “Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 10(3) untuk menjadi Penolong
Pendaftar Cap Dagangan atau Timbalan Pendaftar Cap Dagangan;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002
[Akta 617];
“perdagangan” termasuklah apa-apa perniagaan atau profesion;
18
Undang-Undang Malaysia
“Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian mengenai Aspek yang berhubungan dengan Perdagangan bagi Hak Harta Intelek 1994 yang merupakan Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan Pertubuhan
Perdagangan Dunia;
“permohonan Konvensyen” ertinya suatu permohonan bagi perlindungan cap dagangan di dalam suatu negara Konvensyen;
“perpindahan” ertinya perpindahan dengan—
kuat kuasa undang-undang;
pemberian berwasiat; atau
apa-apa cara pemindahmilikan lain kecuali penyerahhakan;
“petunjuk geografi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602];
“tanda” termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya;
“transaksi boleh daftar” ertinya transaksi yang ditentukan oleh
Pendaftar dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 160;
“tuan punya berdaftar” ertinya orang yang pada masa sekarang tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya berdaftar cap dagangan itu.
“Cap dagangan” ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Suatu tanda boleh menjadi suatu cap dagangan walaupun tanda itu digunakan berhubung dengan perkhidmatan sampingan kepada suatu perdagangan atau perniagaan perusahaan dan sama ada atau tidak perkhidmatan itu disediakan untuk wang atau nilaian wang.
Sebutan mengenai cap dagangan dalam Akta ini, melainkan
Cap Dagangan 19
jika konteksnya menghendaki makna yang lain, termasuklah sebutan mengenai cap kolektif atau cap perakuan.
“Cap dagangan terkenal” ertinya apa-apa cap dagangan yang terkenal di Malaysia dan yang dipunyai oleh seseorang yang—
merupakan rakyat suatu negara Konvensyen; atau
berdomisil, atau mempunyai perusahaan perindustrian atau komersial yang sebenar dan berhasil, di dalam suatu negara Konvensyen, sama ada atau tidak orang itu menjalankan perniagaan, atau mempunyai nama baik, di Malaysia.
Dalam menentukan sama ada suatu cap dagangan itu ialah cap dagangan terkenal di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah hendaklah mengambil kira kriteria sebagaimana yang ditetapkan.
s 5Takrif “cap dagangan terdahulu”
“Cap dagangan terdahulu” ertinya—
suatu cap dagangan berdaftar atau suatu pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia, yang permohonan bagi pendaftarannya telah dibuat lebih dahulu daripada cap dagangan yang dipersoal, setelah mengambil kira tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan, mengikut mana-mana yang sesuai; atau
suatu cap dagangan yang, pada tarikh permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang dipersoal atau bagi keutamaan yang dituntut berkenaan dengan permohonan itu, mengikut mana-mana yang sesuai, ialah cap dagangan terkenal, dan termasuklah suatu cap dagangan yang berkenaan dengannya
20
Undang-Undang Malaysia suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat dan yang, jika didaftarkan, akan menjadi cap dagangan yang terdahulu menurut perenggan (a) tertakluk pada ia didaftarkan sedemikian.
Takrif
“barang-barang yang melanggar”,
“bahan yang melanggar”, “artikel yang melanggar”, “barang-barang lancung”
dan “cap dagangan lancung”
s 6Section 6
Barang-barang ialah “barang-barang yang melanggar”, berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, jika barang-barang atau bungkusan barang-barang itu mengandungi tanda yang serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan itu dan—
pemakaian tanda pada barang-barang atau bungkusan barang-barang itu merupakan pelanggaran cap dagangan berdaftar itu;
barang-barang itu dicadang untuk diimport ke dalam
Malaysia dan pemakaian tanda di dalam Malaysia pada barang-barang atau bungkusan barang-barang itu akan menjadi suatu pelanggaran cap dagangan berdaftar itu;
atau
tanda itu telah digunakan selainnya berhubung dengan barang-barang itu dengan sedemikian cara sehingga melanggar cap dagangan berdaftar.
Bahan ialah “bahan yang melanggar”, berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, jika bahan itu mengandungi tanda yang serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan itu dan sama ada—
tanda itu digunakan bagi pelabelan atau pembungkusan barang-barang, sebagai kertas perniagaan, atau bagi pengiklanan barang-barang atau perkhidmatan, dengan sedemikian cara sehingga melanggar cap dagangan berdaftar itu; atau
tanda itu diniatkan untuk digunakan sedemikian dan penggunaan itu akan melanggar cap dagangan berdaftar itu.
“Artikel yang melanggar”, berhubung dengan suatu cap
Cap Dagangan 21
dagangan berdaftar, ertinya artikel—
yang direka khas atau disesuaikan untuk membuat salinan tanda yang serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan itu; dan
yang orang itu ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa artikel itu telah atau akan digunakan untuk menghasilkan barang-barang atau bahan yang melanggar.
Barang-barang ialah “barang-barang lancung”, berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, jika—
barang-barang itu ialah barang-barang yang melanggar berhubung dengan cap dagangan itu; dan
tanda yang ditunjukkan pada barang-barang atau bungkusan barang-barang itu ialah cap dagangan lancung.
Suatu tanda ialah “cap dagangan lancung”, berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, jika tanda itu—
serupa dengan cap dagangan berdaftar yang dimaksudkan untuk memperdaya; dan
dipakai pada barang-barang atau perkhidmatan—
tanpa persetujuan nyata atau tersirat, bersyarat atau sebaliknya, tuan punya berdaftar; dan
untuk menggambarkan barang-barang atau perkhidmatan itu sebagai barang-barang tulen atau perkhidmatan sebenar tuan punya berdaftar atau pemegang lesen cap dagangan berdaftar itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu yang bercetak atau gambaran lain cap dagangan berdaftar itu yang boleh dilihat atau tidak boleh dilihat.
Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan berhubung dengan barang-barang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan pada, atau yang dihubungkan secara fizikal atau hubungan lain, dengan barang-barang itu.
Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan berhubung dengan perkhidmatan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu sebagai suatu pernyataan atau sebagai sebahagian daripada suatu pernyataan tentang perkhidmatan itu.
Apa-apa persembahan aural suatu cap dagangan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu.
Jika seseorang telah menggunakan suatu cap dagangan dengan penambahan atau pengubahan, Pendaftar atau Mahkamah boleh memutuskan bahawa orang itu telah menggunakan cap dagangan itu jika ia tidak secara substansial menyentuh identiti cap dagangan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau
Mahkamah.
Jika suatu cap dagangan dipakaikan pada barang-barang yang akan dieksport dari Malaysia dan apa-apa perbuatan lain dilakukan di Malaysia berhubung dengan barang-barang itu yang jika dilakukan berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau selainnya didagangkan di Malaysia, perbuatan itu terjumlah sebagai penggunaan suatu cap dagangan di Malaysia berhubung dengan barang-barang itu.
Penggunaan suatu cap dagangan berdaftar berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang dalam penjalanan perdagangan wujud suatu bentuk hubungan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan orang yang menggunakan cap
Cap Dagangan 23
dagangan itu tidak boleh disifatkan sebagai berkemungkinan boleh menyebabkan tipu daya atau kekeliruan hanya atas alasan bahawa cap dagangan itu telah atau digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang dalam penjalanan perdagangan telah wujud atau masih wujud suatu bentuk hubungan berlainan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan orang itu atau pendulunya dalam hakmilik.
Dalam menentukan sama ada penggunaan suatu cap dagangan itu berkemungkinan boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang awam, Pendaftar atau Mahkamah boleh mengambil kira semua faktor yang berkaitan dalam hal keadaan itu, termasuklah sama ada penggunaan itu berkemungkinan boleh dikaitkan dengan cap dagangan terdahulu.
Dalam menentukan sama ada penggunaan suatu tanda itu berkemungkinan boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang awam, Pendaftar atau Mahkamah boleh mengambil kira semua faktor yang berkaitan dalam hal keadaan, termasuklah sama ada penggunaan itu berkemungkinan boleh dikaitkan dengan suatu cap dagangan berdaftar.
Bahagian II
Pentadbiran
Bahagian III
Daftar Cap Dagangan
Bahagian IV
Pendaftaran Cap Dagangan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bahagian V
Pembahagian dan Penggabungan
Bahagian VI
Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar
Bahagian VII
Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan
Bahagian VIII
Kesan Cap Dagangan Berdaftar
Bahagian IX
Cap Dagangan Sebagai Objek Harta
Bahagian X
Pelesenan
Bahagian XI
Cap Kolektif dan Cap Perakuan
Bahagian XII
Perkara Antarabangsa
Bahagian XIII
Langkah-Langkah Sempadan
Bahagian XIV
Ejen Cap Dagangan
Bahagian XV
Kesalahan
Bahagian XVI
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan
Bahagian XVIII
Pelbagai dan Am
Bahagian XIX