Seksyen 3
Deposit perbendaharaan
of Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952
Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa untuk menerima bagi pihak Perbendaharaan Persekutuan pada bila-bila masa dan amaun maksimun setakat yang dia boleh tetapkan dari semasa ke semasa deposit daripada mana-mana orang sejumlah lima puluh ribu ringgit atau angka kandungan lima puluh ribu ringgit:
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 236
Dengan syarat bahawa jumlah amaun wang yang diterima sedemikian dan tidak dibayar balik secara deposit pada suatu masa hendaklah tidak lebih daripada *dua ratus juta ringgit, atau suatu jumlah selanjutnya sebagaimana dibenarkan dengan ketetapan oleh
Dewan Rakyat.
(2)
Jumlah yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diperuntukan, bagi maksud berikut:
(a)
membayar baik wang yang diterima di bawah Akta ini, setakat mana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan;
(b)
membayar, dengan kelulusan Dewan Rakyat terlebih dahulu yang dinyatakan dengan ketetapan, ke dalam Kumpulan
Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud
Kumpulan Wang itu.