4. Tempoh deposit perbendaharaan
Feedback & supportSeseorang yang membuat deposit di bawah seksyen 3 hendaklah sesudah itu mengisytiharkan tempoh yang berkenaan dengannya deposit itu dibuat, dan tempoh itu hendaklah sama ada dua, tiga, empat atau lima tahun dari tarikh membuat deposit itu; dan pada akhir tempoh itu wang yang didepositkan sedemikian hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukan kemudian daripada ini.