Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971

Feedback & supportPension and privileges for a former Prime Minister on retirement

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj 1971.

s 2Akta 237

Walau apa pun peruntukan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

[Akta 237], atau mana-mana undang-undang lain berkenaan dengan pencen dan ganjaran bagi Anggota Pentadbiran, Y.T.M.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, apabila beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia, berhak kepada pencen dan keistimewaan yang berikut:

(a)

ganjaran sebanyak RM200,000 yang dikecualikan daripada cukai;

(b)

pencen sebanyak empat ribu ringgit hendaklah kena dibayar setiap bulan pada satu haribulan setiap bulan;

(c)

sebuah rumah kediaman berperabot hendaklah diadakan dan disenggarakan dengan percuma;

(d)

sebuah motokar kerajaan dengan seorang pemandu hendaklah diadakan; dan 022b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:06 PM

6

Undang-Undang Malaysia

(e)

seorang setiausaha, seorang kerani merangkap jurutrengkas, seorang pegawai keselamatan dan seorang budak pejabat hendaklah juga diadakan mengikut kadar semasa kerajaan.

s 3Pencen dan keistimewaan di bawah Akta ini ialah tambahan kepada apa-apa elaun atau keistimewaan, jika ada

Pencen dan keistimewaan yang dinyatakan dalam seksyen 2

adalah tambahan kepada apa-apa elaun atau keistimewaan lain yang kena dibayar kepadanya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan saraan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan

Undangan mana-mana Negeri.

s 4Pembayaran dari Kumpulan Wang Disatukan

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 2

hendaklah dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan.

s 5Pemansuhan

Ordinan No. 50 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 dengan ini dimansuhkan.

s 022bSection 022b

fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:06 PM

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

1975 29-08-1975

Akta 237

Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 01-07-1980 022b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:06 PM

8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta 160 29-08-1975

Akta 237 01-07-1980 022b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:06 PM