Skip to content

Seksyen 5

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 7 of 21

Seksyen 5

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, rukun undang-undang atau kaedah mahkamah, dalam apa-apa hal jika apa-apa wang telah dibayar atau dibayar ke dalam mana-mana mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah mahkamah (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) atau menurut kuasa mana-mana kaedah amalan atau tatacara (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) dan tiada tuntutan permohonan tindakan guaman atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu telah dibuat atau dibuat atau telah dimulakan atau dimulakan bagi tempoh lima belas tahun selepas pembayaran daripada mahkamah yang terakhir mana-mana bahagian wang itu atau (jika tiada pembayaran daripada mahkamah telah dibuat atau dibuat) selepas pembayaran ke dalam mahkamah itu, Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 4A (2) hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tamatnya tempoh lima belas tahun itu membayar wang itu ke dalam Akaun Hasil

Disatukan:

Dengan syarat bahawa dalam apa-apa hal jika dokumen yang difailkan di mahkamah menzahirkan kewujudan pada bila-bila masa seseorang yang sepatutnya berhak untuk membuat atau memulakan suatu tuntutan permohonan tindakan guaman atau prosiding seperti yang disebut terdahulu jika tidak kerana tidak cukup umur atau ketidakupayaan di sisi undang-undang yang lain atau yang sepatutnya menjadi berhak sedemikian apabila berlakunya sesuatu kejadian, tempoh lima belas tahun yang disebut terdahulu tidak boleh dalam apa-apa keadaan disifatkan telah mula berjalan—

(a)

sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu menjadi cukup umur atau apa-apa ketidakupayaan lain itu terhenti atau apa-apa kejadian berlaku (mengikut mana-mana yang berkenaan); atau

(b)

sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu meninggal dunia,

Wang Tak Dituntut 9