Skip to content

Seksyen 4A

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 6 of 21

Seksyen 4A

(1)

Menteri boleh melantik mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang dinyatakan dalam Akta ini.

(2)

Menteri boleh melantik satu orang pegawai atau lebih dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak

Dituntut dan Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut bagi maksud

Akta ini.

(3)

Tertakluk pada arahan am dan kawalan Pendaftar dan pada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini atau diberi kuasa atau dikehendaki supaya dilakukan atau ditandatangani oleh

Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana

Timbalan

Pendaftar atau

Penolong Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

(4)

Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-mana

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar perlu mengambil berat untuk melihat atau mempersoalkan sama ada apa-apa sekatan atau batasan telah ditetapkan, dan tiap-tiap perbuatan atau peninggalan oleh seseorang Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar setakat yang memberi kesan kepada mana-mana orang itu adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditinggalkan oleh Pendaftar.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

Peruntukan bagi pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam hal tertentu mengenai wang tak dituntut dalam mahkamah