Seksyen 46
Seksyen 46
Datuk Bandar, Setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Datuk Bandar boleh mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang kecil ini dan ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada
Majlis, bayaran tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang dengannya kesalahan itu boleh dihukum.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah perenggan (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar, Setiausaha atau atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Datuk Bandar, pendakwaan terhadap kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
1182
[5hb Dis. 2013
(3)
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah perenggan (1) tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Datuk Bandar.
(4)
Kesemua wang yang diterima di bawah Undang-Undang Kecil ini hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan kerajaan tempatan.