Seksyen 49
Pembatalan
Tertakluk kepada perenggan (2), apabila Undang-Undang Kecil ini mula berkuat kuasa, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian
(Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) 1990 (”Undang-Undang Kecil terbatal”)
hendaklah terhenti berkuat kuasa dan hendaklah disifatkan telah terbatal di Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu.
(2)
Walau apapun perenggan (1) –
(a)
tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil ini boleh menghalang mana-mana orang daripada didakwa atau dihukum di bawah Undang-Undang Kecil terbatal sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang Kecil ini;
(b)
apa-apa prosiding di bawah Undang-Undang Kecil terbatal yang belum diputuskan sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang
Kecil ini hendaklah diteruskan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal seolah-olah Undang-Undang Kecil ini tidak dibuat;
5hb Dis. 2013]
1183
(c)
apa-apa lesen, notis dan lain-lain dokumen yang telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuatkuasa sehingga tamat tempoh yang baginya ia telah diberikan tetapi ianya hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-Undang Kecil ini dan ia boleh dibatalkan dibawah dan mengikut
Undang-Undang Kecil ini; dan
(d)
apa-apa lantikan atau pemberikuasaan yang diberikan di bawah
Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil ini, sehinggalah perlantikan atau pemberikuasaan itu dibatalkan atau diganti di bawah Undang-Undang Kecil ini.