Skip to content

Seksyen 12

Penggantungan atau pembatalan lesen

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Marang ) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 12 of 49
Seksyen 12
(1)

Pihak Berkuasa Melesen boleh menggantung atau membatalkan suatu lesen yang diberikan jika berpuas hati bahawa –

(a)

pemegang lesen melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang

Kecil ini atau gagal mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan;

(b)

pemegang lesen telah sama ada semasa mengemukakan permohonan lesen atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen, memberi kepada Pihak Berkuasa Melesen, dokumen atau perisytiharan yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat;

(c)

pemegang lesen menjalankan aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian yang boleh memudaratkan kepentingan awam atau ekonomi;

(d)

pemegang lesen telah tidak berurus niaga dalam apa-apa aktiviti tred perniagaan atau perindustrian yang dilesenkan selama tempoh tiga bulan berturut-turut atau telah berhenti menjalankan mana-mana tred, perniagaan perindustrian yang dilesenkan;

(e)

suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pemegang lesen atau satu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;

(f)

pemegang lesen telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud atau pecah amanah; atau

(g)

pemegang lesen telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah

Undang-Undang Kecil ini.

(2)

Sebelum menggantung atau membatalkan lesen itu, Pihak Berkuasa

Melesen hendaklah memberikan kepada pemegang lesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian dan menghendaki pemegang lesen itu mengemukakan alasan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis itu sebab lesen itu tidak patut dibatalkan.

1308

[5hb Dis. 2013

(3)

Jika Pihak Berkuasa Melesen memutuskan untuk menggantung atau membatalkan lesen itu selepas pemegang lesen mengemukakan alasan dan Pihak

Berkuasa Melesen tidak berpuashati dengan alasan yang diberikan atau jika pemegang lesen telah gagal untuk mengemukakan alasan dalam masa yang ditetapkan, Pihak

Berkuasa Melesen hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis mengenai keputusannya itu.

(4)

Penggantungan atau pembatalan lesen itu hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan dibuat di bawah undang-undang kecil 13 terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila habisnya tempoh empat belas hari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada pemegang lesen; atau

(b)

jika terdapat rayuan terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila penggantungan atau pembatalan itu disahkan oleh Majlis.

(5)

Jika suatu lesen telah digantung atau dibatalkan di bawah perenggan (3), pemegang lesen yang lesennya digantung atau dibatalkan hendaklah menghentikan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian sehinggalah rayuan itu didengar dan pembatalan itu telah diketepikan oleh Majlis.

(6)

Jika penggantungan atau pembatalan lesen itu telah mula berkuat kuasa,

Pihak Berkuasa Melesen hendaklah–

(a)

menyampaikan suatu salinan notis penggantungan atau pembatalan lesen kepada orang yang mengurus dan mengawal premis yang dilesenkan; dan

(b)

menampal suatu salinan notis penggantungan atau pembatalan lesen pada tempat yang mudah dilihat di premis yang dilesenkan.