Seksyen 9
Pindah milik lesen
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Marang ) 2013
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 9 of 49
Seksyen 9
(1)
Suatu lesen yang diberikan di bawah Undang-Undang Kecil ini tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain melainkan dia mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Melesen terlebih dahulu.
(2)
Apa-apa permohonan pindah milik lesen hendaklah dikenakan pembayaran fi pemprosesan semasa permohonan dikemukakan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
(3)
Fi pindah milik yang kena dibayar hendaklah sebanyak dua puluh peratus daripada bayaran lesen sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua atau lima puluh ringgit, yang mana lebih tinggi.