Skip to content

Seksyen 17

Pembuangan sampah

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Marang ) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 17 of 49
Seksyen 17
(1)

Semua sampah-sarap hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik atau bekas-bekas lain yang sesuai dan hendaklah diikat dengan sempurna sebelum dimasukkan ke dalam suatu tong sampah.

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menentukan bahawa semua sampah-sarap yang terkumpul semasa menjalankan perniagaan itu dibuangkan dari semasa ke semasa ke dalam suatu tong sampah.

1310

[5hb Dis. 2013

(3)

Setiap pemegang lesen hendaklah memastikan tapak tempat perniagaannya bersih dan bebas dari sebarang kekotoran semasa dan selepas perniagaannya tamat.