Seksyen 20
Bekalan air
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Marang ) 2013
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 20 of 49
Seksyen 20
(1)
Pemegang lesen hendaklah mengadakan di tempat atau premis berlesen bekalan air dari paip yang disambung ke sesalur utama air dari bekalan air awam atau punca lain yang memuaskan hati Pihak Berkuasa Melesen.
(2)
Tiada bekalan air boleh diambil dari pili atau sumber lain dari dalam tandas atau bilik air.