Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian III · Lembaga
14. Kuasa dan fungsi Lembaga
Feedback & support(1)
Lembaga hendaklah menjadi badan eksekutif Universiti dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Universiti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan segala aktiviti dan melakukan segala perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi mengelolakan, mengawal dan mentadbirkan Universiti.