Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VI
29. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Feedback & supportLembaga dan Naib Canselor hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan segala arahan, sama ada bersifat am atau khusus, yang difikirkannya perlu atau suai manfaat, yang merupakan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan yang hendaklah mengikut dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dibentuk dan ditentukan oleh
Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 [Akta 546], dan menjadi kewajipan Lembaga atau Naib Canselor, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang mungkin, untuk menguatkuasakan dan melaksanakan semua arahan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk memberikan arahan—
mengenai pelupusan aset modal; dan
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu.
Universiti Teknologi MARA
51
Kuasa Menteri untuk mewakilkan 29a. (1) Menteri boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang dinyatakannya, mewakilkan kepada
Lembaga penjalanan, penunaian dan pelaksanaan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan di bawah seksyen ini—
boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri; dan
tidak menghalang Menteri daripada menjalankan, menunaikan, atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapatinya suai manfaat untuk berbuat demikian.
Konvokesyen 29b. (1) Konvokesyen bagi penganugerahan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain hendaklah diadakan pada setiap tahun, atau seberapa kerap sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.
Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir, Naib Canselor hendaklah mempengerusikan sesuatu Konvokesyen.