Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Feedback & support
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bendahari” ertinya pegawai kewangan utama Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 22;

“Canselor” ertinya Canselor Universiti dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik sebagai Ketua Universiti, dan “Pro-Canselor”

hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“Cawangan” ertinya suatu Cawangan Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35;

“ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang pada peringkat Sarjana Muda atau peringkat Sarjana atau peringkat

Kedoktoran oleh Universiti selepas dia tamat mengikuti kursus pengajian dengan jayanya yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi pendidikan—

(a)

sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau

(b)

sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;

“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23c;

“kakitangan” ertinya—

(a)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Universiti;

Universiti Teknologi MARA

9

(b)

mana-mana orang yang dilantik menjadi pensyarah oleh

Lembaga, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, penolong pensyarah, dan tutor; atau

(c)

mana-mana orang yang diambil bekerja oleh Lembaga;

“kampus” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan, bersama dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, oleh Universiti;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Universiti Teknologi

MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;

“kursus pengajian” termasuklah program latihan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi *pendidikan tinggi;

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan “Timbalan Naib

Canselor” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar Universiti yang mengikuti apa-apa jenis kursus pengajian dari atau oleh atau di Universiti;

“Pendaftar” ertinya pegawai utama Pejabat Pendaftaran Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 21;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 13(2)(a);

“persatuan alumni” ertinya persatuan alumni, yang ditubuhkan di bawah seksyen 16b, bagi Institut Teknologi MARA dan Universiti;

*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021

[P.U. (A) 383/2021].

Undang-Undang Malaysia 10

“Provos” ertinya pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik sesuatu Cawangan, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Sekolah atau Pusat” ertinya Sekolah atau Pusat Universiti dan termasuklah Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi Universiti, dan berhubung dengan suatu Cawangan, termasuklah mana-mana bahagian Sekolah, Pusat, Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi yang ditetapkan bagi Cawangan itu;

“Senat” ertinya Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 16a;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah subseksyen 1(2);

“Universiti” ertinya Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan termasuklah sesuatu Cawangan;

“Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya—

(a)

suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30];

(b)

suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

[Akta 555]; atau

(c)

Universiti atau Kolej Universiti yang lain—

(i)

sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis; atau

(ii)

sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Universiti Teknologi MARA

11

Report

Bahagian II

Penubuhan Universiti

Bahagian III

Lembaga

Bahagian IV

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Bahagian VII

Peralihan

Schedules