Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian V · Kewangan
27. Akaun dan audit
Feedback & supportUniversiti hendaklah menyimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap satu tahun kewangan.
Akaun Universiti hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh
Ketua Audit Negara.
Selepas akhir setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun Universiti diaudit tetapi, dalam apa-apa hal, sebelum pengemukaan anggaran tahunan bagi tahun kewangan yang berikutnya kepada Menteri di bawah subseksyen 26(5), Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada
Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Universiti.
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata akaun dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas salinan itu diterima olehnya.