Akta Universiti Teknologi Mara 1976 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Penubuhan Universiti
7. Cawangan Universiti
Feedback & supportMenteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengarahkan Lembaga supaya menubuhkan dan menyenggarakan
Cawangan atau Cawangan-Cawangan Universiti di mana-mana tempat di Malaysia yang difikirkan wajar oleh Menteri bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.
Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan sesuatu
Cawangan seorang Provos Cawangan yang hendaklah menjadi pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik Cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor.
Terma dan syarat perkhidmatan bagi Provos hendaklah ditentukan oleh Menteri, dan hendaklah mengikat Universiti.
(Dipotong oleh Akta A964).
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa peruntukan khas yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud pentadbiran Cawangan.
Tiada peruntukan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-mana kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Universiti Teknologi MARA
19