Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2012Read it in English

Bahagian V

24. Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “Kolej Universiti”

Feedback & support
(1)

Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, mengurus atau menyelenggara sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf “Universiti”

atau “Kolej Universiti” melainkan jika ia adalah suatu institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(2)

Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi atau sesiapa jua boleh mengeluarkan atau memberikan kepada sesiapa apa-apa ijazah atau diploma yang berupa sebagai ijazah atau diploma yang dikeluarkan atau diberikan oleh sesuatu Universiti atau Kolej Universiti melainkan jika pengeluaran atau pemberian itu mengikut peruntukan

Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(3)

Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi

Universiti dan Kolej Universiti 33

lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report