Seksyen 24A
Penyampaian
of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya terserah mengikut perjalanan biasa pos.
(2)
Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu hakikat tentang adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, tetapi orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia dimaklumkan sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948