4. Universiti hendaklah mempunyai pejabat sebagai alamat bagi penyampaian di Malaysia
Feedback & support(1)
Universiti hendaklah mempunyai dan menyenggarakan suatu pejabat yang terletak di dalam Malaysia, yang hendaklah menjadi alamat bagi penyampaiannya bagi semua writ, surat tuntutan, notis, pliding, perintah, saman, waran atau prosiding lain dan segala jenis komunikasi bertulis.
(2)
Semua writ, surat tuntutan, notis, pliding, perintah, saman, waran atau prosiding lain atau komunikasi bertulis lain hendaklah, jika ditinggalkan di pejabat yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen (1), disifatkan telah disampaikan atau diserahkan dengan sewajarnya kepada Universiti atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang terhadapnya telah ditujukan, dalam segala prosiding di hadapan mana-mana mahkamah di Malaysia.