Seksyen 6
Pemberian bantuan dan akaun
of Akta Universiti Malaya 1961
(1)
Menteri hendaklah membayar apa-apa wang kepada
Universiti sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa sebagai pemberian bantuan Universiti.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 682
(2)
Semua wang yang dibayar kepada Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti bagi segala atau apa-apa maksud Universiti mengikut anggaran yang diluluskan di bawah Bahagian V Perlembagaan:
Dengan syarat bahawa mana-mana wang sedemikian yang diuntukkan dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan tahunan berulang Universiti boleh, menurut budi bicara Universiti, digunakan untuk perbelanjaan modal.
(3)
Suatu salinan akaun Universiti bagi setiap tahun kewangan apabila disediakan dan diaudit menurut Perlembagaan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas audit diselesaikan, dihantar kepada Menteri.