Seksyen 14
Seksyen baru 22e
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2011
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22d seksyen yang berikut:
“Pendaftaran ejen harta tanah percubaan 22e. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak menuntut namanya dimasukkan sebagai ejen harta tanah percubaan dalam Daftar Penilai
Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga
Lembaga berpuas hati bahawa—
(a)
dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;
(b)
dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
dia telah memenuhi kehendak seksyen 22d;
(d)
dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;
(e)
dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(f)
dia telah mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.
(2)
Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya
Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 23