Seksyen 17
Seksyen 25 Akta ibu dipinda—
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2011
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) telah diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai tidak sempurna akal atau oleh sebab apa-apa kelemahan lain pada tubuh badan atau fikiran atau apa-apa sebab lain, menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi sebagai penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar dengan berkesan;”;
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) telah dihukum bankrap;”; dan
(iii)
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “itu” perkataan “atau tidak mematuhi apa-apa syarat pembaharuan”;
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“amalan” perkataan “atau, dalam hal penilai percubaan atau ejen harta tanah percubaan, surat pendaftarannya”;
dan
(c)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) yang telah dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya di bawah undang-undang yang di bawahnya firma itu diperbadankan atau didaftarkan; atau
(d)
jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(ca), (d) dan (e) telah berlaku.”.